3 Januari 2017 - 11:23
Sejumlah Besar Tentera Saudi Terbunuh Di Dalam Serangan Peluru Berpandu Yaman

Sejumlah besar Tentera Rejim Saudi dilaporkan terbunuh di dalam serangan peluru berpandu Yaman yang disasarkan ke atas sebuah kem tentera di wilayah Asir, Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sejumlah besar Tentera Rejim Saudi dilaporkan terbunuh di dalam serangan peluru berpandu Yaman yang disasarkan ke atas sebuah kem tentera di wilayah Asir, Arab Saudi.

Seorang sumber daripada Tentera Yaman berkata bahawa tentera kerajaan dan sekutu mereka telah melancarkan sebuah peluru berpandu ke atas kem al-Montazah di Asir pada hari Selasa sekaligus menyebabkan kematian yang banyak di pihak Tentera Saudi dan askar upahan mereka. Perkara itu dilaporkan oleh rangkaian televisyen al-Masirah.

Sumber itu turut menambah dengan mengatakan bahawa 2 buah kenderaan berperisai turut musnah akibat serangan tersebut.

Sejurus selepas itu, Tentera Yaman dan sekutu mereka membedil kem Mosallas al-Rakbah di Jizan, Arab Saudi dengan meriam. Kem itu terletak 967 kilometer dari ibu kota Riyadh.

Kebakaran tercetus di kem tersebut selepas peluru meriam mengenai sasarannya.